Polisi Privasi

Tarikh Kuat Kuasa: [19teh Jun, 2020]

Pengenalan

  1. Polisi Privasi ini ("Polisi Privasi") disediakan oleh SmartDrive Sdn. Bhd. (No Syarikat: 202001001719 (1358038-U)) (“Syarikat” atau "kami"), sebuah entiti perniagaan yang berurusan dengan maklumat kenderaan, untuk anda (yang termasuk orang atau organisasi atau syarikat lain yang diwakili oleh anda) ("pengguna" atau "anda") yang menggunakan Perkhidmatan yang disediakan oleh Syarikat. Syarikat memahami kepentingan untuk mengendalikan data peribadi anda dengan betul. Oleh itu, kami menetapkan Polisi Privasi ini, dan mewajibkan semua pegawai dan pekerja kami untuk mematuhi Polisi Privasi ini. Untuk tujuan Polisi Privasi ini, "Perkhidmatan" hendaklah mempunyai maksud yang sama seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian Perkhidmatan.
  2. Untuk tujuan Polisi Privasi ini, perkataan "data peribadi" hendaklah mengandungi erti yang didefinisikan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("APDP"), yang mana ia merangkumi "data peribadi yang sensitif" (seperti yang didefinisikan dalam APDP) dan apa-apa data peribadi yang telah atau mungkin dari semasa ke semasa diberikan oleh anda kepada kami dan/atau diperolehi oleh kami secara bebas daripada sumber lain yang sah (jika ada) berkaitan dengan transaksi komersial.
  3. Polisi Privasi ini menjelaskan:
    1. jenis data peribadi yang dikumpul oleh kami daripada anda dan bagaimana kami mengumpul data peribadi anda;
    2. kepada pihak-pihak-pihak ketiga yang mana kami akan mendedahkan data peribadi anda;
    3. kepada pihak-pihak-pihak ketiga yang mana kami akan mendedahkan data peribadi anda;
    4. apakah hak-hak anda untuk data peribadi anda; dan
    5. tindakan yang boleh diambil oleh anda jika terdapat apa-apa perubahan, pertanyaan atau aduan tentang data peribadi anda.

Data peribadi apa yang dikumpul oleh kami daripada anda?

  1. Data peribadi anda yang dikumpul oleh kami daripada anda termasuk:
    1. butiran pengenalan anda termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, umur, jantina, nombor kad pengenalan atau nombor pasport;
    2. alamat persuratan anda dan/atau alamat tetap anda (termasuk alamat pejabat);
    3. maklumat perhubungan anda (contoh: alamat e-mel dan nombor telefon bimbit);
    4. pekerjaan dan butiran pekerjaan;
    5. julat pendapatan dan status kewangan;
    6. maklumat akaun bank;
    7. butiran mengenai bayaran kepada dan dari anda;
    8. maklumat pengguna yang dihasilkan atau maklumat terkumpul yang berkaitan dengan pengenalpastian anda, sejarah tindakan mengenai perkhidmatan komunikasi, maklumat mengenai kenderaan yang digunakan untuk operasi pengguna dan maklumat mengenai pemanduan kenderaan, telefon pintar pengguna ("Terminal"), peranti SmartDrive ("Peranti") yang dipasang di kenderaan pengguna untuk menggunakan Perkhidmatan;
    9. maklumat yang anda berikan berkaitan dengan Perkhidmatan:
      • maklumat mengenai kenderaan anda (contoh: nombor pendaftaran kenderaan, pengeluar kenderaan, model kenderaan, tahun pengeluaran);
      • maklumat mengenai Terminal yang dimiliki oleh anda (contoh: Sistem Operasi Terminal, maklumat model Terminal, maklumat acara);
      • maklumat log dan alamat IP;
      • maklumat lokasi GPS dan sejarah pemanduan yang lalu (contoh: tarikh dan masa, lokasi, ciri pemanduan dan keadaan enjin);
      • maklumat pola dan perilaku pengguna yang boleh diperolehi daripada Peranti (contoh: brek secara tiba-tiba, pecutan secara tiba-tiba, melahu, maklumat amaran enjin dan jumlah baki petrol);
      • maklumat kemalangan yang dianggarkan dari maklumat kerja kesan berkenaan dengan ID unik Peranti yang dikeluarkan oleh kami; dan
      • sebarang maklumat lain yang anda masukkan dalam bentuk input yang ditentukan oleh Syarikat; dan
    10. maklumat yang diberikan oleh anda dari perkhidmatan lain (sekiranya pengguna dibenarkan untuk mengguna Perkhidmatan dengan kerjasama perkhidmatan luaran seperti perkhidmatan rangkaian sosial), maklumat itu boleh dikumpulkan dari perkhidmatan luaran berdasarkan kandungan dan syarat yang dipersetujui pada masa pengumpulan:
      • ID pengguna yang digunakan oleh anda dalam perkhidmatan luaran;
      • gambar profil anda; dan
      • apa-apa maklumat lain yang anda setujui untuk didedahkan mengikut tetapan privasi pada perkhidmatan luaran,
    11. termasuk maklumat-maklumat lain yang dinyatakan di dalam Perjanjian Perkhidmatan dan sebagaimana yang dikehendaki oleh kami dari semasa ke semasa untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Klausa 4.1.

Daripada sumber apa kami mengumpul data peribadi anda?

  1. Adalah dimaklumkan bahawa kami akan mengumpul data peribadi anda daripada anda dan daripada sumber-sumber lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
    1. hubungan anda dengan kami, termasuk: (a) maklumat yang diberikan oleh anda untuk mengisi profil pengguna atau borang pendaftaran/permohonan (jika ada); (b) apabila anda mendaftar akaun dengan kami; (c) apabila anda melayari atau menggunakan Perkhidmatan kami; atau (d) apabila anda berkomunikasi dengan kami melalui panggilan telefon, e-mel dan/atau melalui suratcara lain;
    2. sebarang interaksi antara anda dengan kami melalui (a) platform media sosial seperti Facebook dan Instagram; dan (b) aplikasi sembang dan forum dalam talian kami (jika berkenaan);
    3. pihak-pihak-pihak ketiga yang berkaitan dengan anda, seperti pekerja anda, pemegang akaun bersama, penjamin-penjamin, dan pihak-pihak ketiga lain (yang mana pihak-pihak-pihak ketiga tersebut adalah tertakluk kepada persetujuan anda terlebih dahulu untuk mendedahkan maklumat yang berkaitan dengan anda);
    4. apa-apa video atau foto yang dikumpulkan oleh kami dan/atau ejen yang diberi kuasa oleh kami;
    5. melalui analisis cara (a) anda menguruskan akaun anda; atau (b) penggunaan anda mengenai Perkhidmatan; dan
    6. dengan menggunakan Kuki, butiran yang mana akan dinyatakan dalam Klausa 12.

Apakah tujuan kami mengumpul data peribadi dan maklumat pengguna anda?

  1. Anda dengan ini mengakui, mengesahkan dan bersetuju bahawa kami diberi kuasa untuk mengumpul dan memproses data peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut:
    1. Pengesahan
      • mengesahkan maklumat yang diberikan oleh anda;
      • menganalisis kesesuaian anda untuk mendaftar dengan kami dan memproses pendaftaran anda dengan kami; dan
      • untuk mengesahkan permohonon anda untuk berdaftar untuk menngunakan Perkhidmatan
    2. Fasilitasi Perjanjian
      • untuk memudahkan perlaksanaan perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani atau akan ditandatangan dengan kami;
      • untuk memudahkan komunikasi antara anda dengan kami atau pengguna-pengguna lain bagi tujuan perjanjian-perjanjian yang berkenaan;
      • untuk penyediaan maklumat kepada pihak berkuasa dan pembekal perkhidmatan yang berkaitan khususnya (tetapi tidak terhad kepada) untuk tujuan memudahkan penyediaan utiliti dan perkhidmatan atau sebagaimana yang diperlukan atau dibenarkan oleh Undang-Undang atau utiliti yang dibenarkan atau pembekal perkhidmatan;
      • untuk memberi notis (dan pengaturan) mesyuarat-mesyuarat, invois dan dokumen-dokumen lain menurut atau yang dibenarkan di bawah Undang-Undang;
      • untuk memindahkan atau menetapkan hak, kepentingan dan kewajipan kami di bawah mana-mana perjanjian antara anda dengan kami; dan
      • untuk melindungi atau menguatkuasakan hak kami untuk mendapatkan apa-apa hutang yang terhutang kepada kami (jika berkenaan);
    3. Perkhidmatan dan Sokongan
      • bagi peruntukan, penyelenggaraan, perlindungan dan peningkatan Perkhidmatan;
      • untuk pengenalpastian maklumat Terminal (nombor pengenalan Terminal, nama model Terminal, maklumat Sistem Operasi);
      • untuk menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan maklumat lokasi dan status pergerakan berkenaan dengan maklumat sensor yang diperoleh dari pengguna (contoh: sensor GPS);
      • untuk mengendalikan dan memberi kesan kepada transaksi komersial dan pengurusan dan/atau penguatkuasaannya, termasuk apa-apa komunikasi dengan anda dan pengguna-pengguna lain;
      • untuk menjawab dan menyelenggarakan sebarang pertanyaan, aduan atau permintaan anda atau pengguna-pengguna lain;
      • untuk menjalankan survei dan analisis berkenaan dengan data penggunaan anda dan pengguna-pengguna lain;
      • untuk memberikan makluman balas peribadi kepada anda bagi tujuan meningkatkan dan menyokong hubungan kami dengan anda dan pengguna-pengguna lain; dan
      • kami menggunakan Kuki untuk meningkatkan proses-proses kami, pengiklanan, notifikasi, pengesahan, sekuriti dan pematuhan, pengurusan analisis dan keutamaan (yang mana butir-butir kegunaan akan dinyatakan dalam Klausa 12);
    4. Pemasaran
      • untuk menghubungi dan membekalkan maklumat kepada anda mengenai tawaran-tawaran daripada kami termasuk tawaran produk, perkhidmatan, pelancaran baru, acara akan datang, promosi, pengiklanan, pemasaran dan bahan-bahan komersial dan maklumat lain yang mungkin akan menarik minat anda yang ditetapkan oleh kami (melalui e-mel, SMS atau suratcara lain); dan
      • untuk memproseskan penyertaan anda dalam tawaran-tawaran tersebut dan acara pemasaran yang lain;
    5. Pematuhan dengan Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan
      • untuk mematuhi kewajipan-kewajipan kami, syarat-syarat pematuhan dan syarat-syarat pendedahan di bawah sebarang undang-undang, aturan, peraturan, undang-undang kecil, perintah, garis panduan, arahan dan polisi yang dikuatkuasakan oleh pihak-pihak berkuasa kerajaan, termasuk apa-apa undang-undang dan syarat-syarat antarabangsa dan tempatan lain yang berkuat kuasa dan sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa yang berkaitan dengan transaksi komersial dan/atau yang berkaitan dengan penjalanan perniagaan atau aktiviti-aktiviti kami (secara kolektif, “Undang-Undang”);
      • untuk mengekalkan keselamatan dan sekuriti Perkhidmatan kami;
      • untuk tujuan audit, pematuhan dan pengurusan risiko;
      • untuk menilai risiko kewangan dan insurans; dan
      • untuk pencegahan jenayah, rasuah, penipuan dan pelaburan wang haram;
    6. Penyimpanan Rekod Dalaman dan Isu Teknikal
      • bagi penyimpanan rekod dalaman kami dalam perlaksanaan perniagaan kami;
      • untuk mengekalkan, mengemas kini, menyatukan dan meningkatkan ketepatan rekod pangkalan data kami;
      • untuk menghasilkan data, laporan dan statistik yang telah dipadamkan nama atau diagregasi dengan cara yang tidak menamakan anda;
      • untuk menjalankan penyelidikan untuk tujuan analisis tetapi tidak terhad kepada perlombongan data dan analisis urus niaga anda dengan kami; dan
      • untuk mengesan, mencegah dan menyelesaikan isu teknikal.
  2. Berhubung dengan tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Klausa 4.1, dengan in anda memberi kebenaran kepada kami untuk mendedahkan data peribadi anda kepada pihak berkuasa yang berkaitan, pengganti kepentingan kami, penaja, pengiklan, peguamcara, syarikat insurans, penyelaras, penasihat lain, pembekal, kontraktor dan/atau pembekal perkhidmatan, Afiliasi kami (seperti yang didefinisikan di Klausa 5.1.1) dan pihak-pihak ketiga lain yang terpilih mengikut Klausa 5.
  3. Anda bersetuju dan mengakui bahawa kami diberi kuasa untuk mengumpul dan memproses maklumat pengguna anda untuk tujuan-tujuan berikut:
    1. untuk penerimaan untuk berdaftar untuk Perkhidmatan, pengesahan identiti, pengiraan yuran penggunaan, dan lain-lain;
    2. untuk panduan mengenai perkhidmatan dan menjawab pertanyaan, dan lain-lain;
    3. untuk menangani tindakan yang melanggar terma dan polisi kami mengenai Perkhidmatan;
    4. untuk memberitahu pengguna mengenai perubahan terma dan syarat Perjanjian Perkhidmatan atau Polisi Privasi ini;
    5. untuk mencipta data agregat dan data statistik yang cukup abstrak untuk tidak mengenal pasti individu tertentu berdasarkan maklumat pengguna;
    6. untuk mencipta data baru dengan menghubungkan maklumat yang dikumpulkan dari perkhidmatan lain yang disediakan oleh Syarikat dan maklumat lain;
    7. untuk menyediakan iklan dan maklumat lain yang dianggap berguna kepada pengguna; dan/atau
    8. untuk tujuan penggunaan yang mengiringi tujuan penggunaan di atas.

Kepada siapa kami akan mendedahkan data peribadi anda?

  1. Bagi tujuan menyediakan anda dengan Perkhidmatan kami, kami berhak untuk mendedahkan data peribadi anda kepada pihak-pihak-pihak ketiga yang dipilih dengan teliti seperti yang berikut:
    1. berdasarkan keperluan yang perlu diketahui, kepada (a) anak-anak syarikat, syarikat berkaitan dan bersekutu kami; (b) syarikat induk kami termasuk anak-anak syarikatnya, syarikat berkaitan dan syarikat yang berkaitan; dan (c) afiliasi kami termasuk rakan niaga kami (sesetengah daripada mereka yang mungkin berada di luar negara dan menjalankan fungsi pentadbiran, pengurusan dan operasi untuk dan bagi pihak kami berkenaan dengan transaksi komersial atau untuk menyokong jualan, pemasaran, promosi dan/atau usaha pengiklanan) (secara kolektif, "Afiliasi");
    2. syarikat dan/atau organisasi yang membantu kami termasuk tetapi tidak terhad kepada pengganti kepentingan kami, penaja, pengiklan, pembekal, kontraktor, pembekal perkhidmatan gerbang pembayaran (jika berkenaan) dan pembekal produk dan/atau pembekal perkhidmatan pihak-pihak ketiga yang lain;
    3. syarikat dan/atau organisasi yang bertindak sebagai rakan kongsi strategik kami untuk acara, program, aktiviti tertentu atau untuk menyediakan sebarang perkhidmatan dan/atau produk;
    4. syarikat dan/atau organisasi yang membantu kami memberikan anda perkhidmatan tambah nilai dan/atau produk seperti yang diminta oleh anda;
    5. penasihat undang-undang dan penasihat profesional kami termasuk tetapi tidak terhad kepada peguamcara, syarikat insurans, penyelaras, akauntan dan/atau penasihat kewangan yang diberi kuasa oleh kami;
    6. penasihat undang-undang dan penasihat profesional anda termasuk tetapi tidak terhad kepada peguamcara, syarikat insurans, penyelaras, akauntan dan/atau penasihat kewangan yang diberi kuasa oleh anda;
    7. sesiapa yang diberi kuasa oleh anda untuk memberi arahan dan/atau mengguna akaun yang telah didaftarkan dengan kami;
    8. sebarang agensi penarafan, syarikat insurans, broker insurans dan/atau pembekal perlindungan kredit secara langsung atau tidak langsung;
    9. sebarang institusi kewangan, pedagang, Persatuan Perkhidmatan Antarabangsa VISA, MasterCard International Incorporated dan/atau persatuan kad lain berhubung dengan sebarang kad kredit dan/atau kad debit yang dikeluarkan dan digunakan oleh anda;
    10. sesiapa yang berkaitan dengan penguatkuasaan atau pemeliharaan sebarang hak-hak kami di bawah perjanjian antara anda dan kami;
    11. agensi-agensi pencegahan penipuan dan jenayah untuk tujuan menilai risiko jenayah, penipuan dan pengubahan wang haram (ini adalah syarat kami sebelum menandatangani sebarang perjanjian dengan anda);
    12. pembekal perkhidmatan IT kami yang menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan infrastruktur teknikal, perisian dan kerja pembangunan, menganalisis bagaimana Perkhidmatan kami digunakan dan disediakan, atau memberikan Perkhidmatan kepada anda dan pengguna-pengguna lain;
    13. agensi pemasaran, agensi penyelidikan dan agensi komunikasi kami;
    14. media dan agensi berita untuk tujuan publisiti;
    15. kementerian kerajaan, pihak berkuasa kawal selia dan agensi kerajaan, jika berkenaan, berkaitan dengan sebarang penyiasatan atau pertanyaan; dan/atau
    16. pihak lain yang dikehendaki oleh Undang-Undang.
  2. Sekiranya terdapat jualan perniagaan, pelupusan, pengambilalihan, penggabungan, usaha sama, pembiayaan hutang, penyusunan semula, kebangkrutan, kebankrapan atau penerimaan perniagaan yang melibatkan kami atau aset kami kepada pihak-pihak ketiga, data peribadi anda mungkin perlu didedahkan dan/atau dipindahkan kepada pihak-pihak ketiga sebagai sebahagian daripada aset perniagaan kami. Anda mengakui dan memberi kuasa kepada kami untuk melepaskan data peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga termasuk penasihat dan wakilnya, dan pihak tersebut mempunyai persetujuan anda untuk memproses data peribadi anda.
  3. Klausa-Klausa 5.1 dan 5.2 hendaklah, pada setiap masa, tertakluk kepada pematuhan dengan Undang-Undang yang berkenaan dan digunakan pada kami dan perniagaan kami dalam semua bidang kuasa.
  4. Jika data peribadi anda diproses oleh pihak-pihak ketiga, kami akan meminta pihak-pihak ketiga untuk mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh kami dan mematuhi semua perundangan berkaitan tetapi kami tidak bertanggungjawab dan tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa kerugian, ganti rugi, tuntutan, kos dan perbelanjaan apa jua sifat yang terhasil daripada dan/atau berkaitan dengan ketidakpatuhan oleh pihak-pihak ketiga.
  5. Kecuali sebagaimana yang dinyatakan di atas, kami tidak akan menjual, mengedarkan atau mendedahkan sebarang data peribadi anda (kecuali maklumat agregat tanpa nama) kepada pihak-pihak ketiga tanpa persetujuan tertulis anda.

Bagaimanakah kami menggunakan data peribadi anda untuk tujuan pemasaran?

  1. Dengan menggunakan Perkhidmatan, anda dianggap telah memberi keizinan kepada kami untuk menghubungi anda melalui panggilan telefon, SMS, e-mel dan/atau kaedah elektronik lain pada masa akan datang dengan menggunakan data yang disediakan oleh anda semasa pendaftaran.
  2. Keizinan, seperti yang dinyatakan dalam Klausa 6.1, adalah termasuk keizinan untuk menerima gambar, video, mesej dalam talian dan/atau e-mel mengenai produk, perkhidmatan, promosi, tawaran khas, acara dan/atau aktiviti daripada kami ataupun rakan niaga kami, rakan niaga strategik, penaja atau pengiklan kami yang mungkin menarik minat anda.
  3. Untuk mengelakkan keraguan, anda mengakui dan memberi keizinan kepada Syarikat untuk berkongsi maklumat tanpa nama seperti tetapi tidak terhad kepada situasi yang berikut:
    1. Maklumat Agregat - Kami boleh menjalankan projek analitik data bersama dengan pembekal pihak-pihak ketiga terpilih yang menggunakan maklumat tanpa nama untuk meramalkan kepentingan pengguna dan memberikan pengguna maklumat yang lebih disasarkan dan/atau relevan berdasarkan maklumat agregat mengenai aktiviti pengguna di luar Perkhidmatan.
    2. Pengiklanan Berdasarkan Perilaku - Kami boleh bekerjasama dengan pihak-pihak ketiga terpilih menggunakan maklumat tanpa nama untuk memperolehi model tertentu yang akan memudahkan pengiklanan yang lebih tepat kepada pengguna terpilih.
  4. Bagi tujuan Klausa 6.3.2, Syarikat menggunakan Google Analytics dan sebagainya untuk mendapatkan maklumat statistik mengenai pengguna untuk mengedarkan iklan dengan menggunakan maklumat pengguna dan menyiasat trend pengguna. Untuk maklumat lanjut mengenai Google Analytics, sila rujuk kepada http://www.google.com/intl/ja/analytics/.
  5. Iklan berdasarkan perilaku yang disediakan oleh rakan niaga adalah berdasarkan maklumat akses yang diperoleh oleh kuki dan maklumat mengenai kenderaan, merupakan maklumat pengguna yang tidak dapat mengenal pasti individu tertentu. Syarikat melarang pengenalpastian individu-individu. Syarikat memberikan maklumat pengguna kepada rakan niaga dan mengedarkan iklan yang dianggap berguna kepada pengguna melalui sistem pengedaran pengiklanan yang disediakan oleh rakan niaga.
  6. Anda boleh memilih untuk dikecualikan daripada, secara sebahagian atau keseluruhannya, untuk menerima apa-apa surat berita, kemas kini, bahan promosi, ucapan perayaan (jika berkenaan) atau komunikasi lain, untuk tujuan umum atau untuk tujuan pemasaran yang dinyatakan dalam Klausa 6, dengan mengikuti arahan untuk "hentikan langganan" dalam e-mel yang dihantar oleh kami kepada anda pada bila-bila masa. Dalam apa jua keadaan, arahan bertulis terkini anda kepada kami akan diguna pakai.

Bilakah kami akan mendedahkan data peribadi anda?

  1. Selain daripada yang dinyatakan di Klausa-Klausa 5 dan 6, kami akan menganggap data peribadi anda sebagai data yang peribadi dan sulit dan tidak akan mendedahkan data peribadi anda kepada mana-mana pihak-pihak ketiga kecuali keadaan-keadaan berikut timbul:
    1. anda telah memberi kami kebenaran untuk mendedahkan data peribadi anda;
    2. kami dikehendaki atau diizinkan untuk berbuat demikian di bawah Undang-Undang;
    3. kami dikehendaki untuk memenuhi kewajipan kami seperti yang dinyatakan dalam Polisi Privasi ini;
    4. kami dikehendaki atau diberi kuasa oleh sebarang perintah mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa, sama ada kerajaan atau kuasi-kerajaan atau permintaan daripada penguatkuasa undang-undang atau agensi kerajaan lain dengan bidang kuasa ke atas kami; dan/atau
    5. kami dikehendaki untuk memindahkan hak dan kewajipan di bawah Polisi Privasi ini.
  2. Sekiranya terdapat sebarang aduan atau pertanyaan mengenai pendedahan data peribadi anda kepada mana-mana pihak-pihak ketiga di bawah Polisi Privasi ini, terutamanya pendedahan yang dinyatakan dalam Klausa-Klausa 5, 6 dan 7, anda boleh menghubungi kami di alamat yang dinyatakan dalam Klausa 13.1.

Apakah kewajipan kami dan apakah kewajipan anda?

  1. Kewajipan Kami: Kami mempunyai kewajipan untuk memproses data peribadi anda untuk kepentingan yang sah iaitu untuk menjalankan dan menguruskan Perkhidmatan. Kami mengikut piawaian industri yang diterima umum untuk melindungi data peribadi yang diserahkan kepada kami. Kami akan mengambil semua langkah yang munasabah diperlukan, termasuk semua tindakan pencegahan teknikal dan organisasi yang munasabah, untuk memastikan data peribadi anda dilindungi dengan selamat dan mengikut Polisi Privasi ini termasuk semua perundangan berkaitan.
  2. Kewajipan Anda: Anda adalah wajib untuk membekalkan kami data peribadi yang lengkap dan tepat dan memaklumkan kami jika terdapat sebarang perubahan pada data peribadi anda, yang jika gagal kami mungkin tidak dapat memproses data peribadi anda untuk memenuhi tujuan-tujuan di dalam Klausa 4.1. Akibatnya, (a) permohonan anda sebagai pengguna berdaftar akan ditolak oleh kami dan anda tidak dapat mengakses sebahagian Perkhidmatan yang hanya boleh diakses oleh pengguna berdaftar; atau (b) jika anda adalah pengguna berdaftar, semua hubungan anda dengan kami akan dihentikan dan keahlian anda akan ditamatkan.
  3. Di mana anda memberikan sebarang data peribadi untuk atau bagi pihak orang lain, atau anda mewakili organisasi atau syarikat sedemikian, anda berjanji bahawa:
    1. anda telah memperoleh keizinan daripada orang demikian atau persetujuan daripada organisasi atau syarikat demikian bahawa data peribadi yang diberikan adalah secara sukarela, tepat dan lengkap;
    2. anda diberi kuasa untuk menerima sebarang notis privasi dan maklumat lain yang berkenaan bagi orang atau organisasi atau syarikat tersebut; dan
    3. anda telah diberi keizinan dan/atau persetujuan untuk memindah data peribadi orang atau organisasi atau syarikat tersebut ke luar negara, jikalau terdapat sebarang ketidakpatuhan oleh anda, anda akan enanggung dan melindungi kami daripada apa-apa tuntutan daripada orang atau organisasi atau syarikat tersebut.
  4. Jika terdapat sebarang perubahan pada data peribadi anda, anda dengan ini mengakui bahawa anda mempunyai kewajipan untuk memaklumkan kepada kami dengan segera, dalam apa jua keadaan tidak lebih dari tujuh (7) hari kalendar selepas perubahan tersebut timbul. Anda akan menghantar kami notis bertulis (melalui pos atau e-mel) berkenaan dengan perubahan tersebut, di mana kami akan mengemas kini data peribadi anda dalam masa dua puluh satu (21) hari kalendar setelah menerima notis bertulis anda.
  5. Tanpa bertentangan dengan Klausa 8, jika anda tidak menghendaki mana-mana bahagian data peribadi anda digunakan oleh kami untuk tujuan yang dinyatakan dalam Polisi Privasi ini, anda dikehendaki memberitahu kami dengan serta-merta melalui panggilan telefon atau e-mel kami pada nombor telefon dan alamat e-mel yang dinyatakan dalam Klausa 13.1.

Do we store and transfer your personal data outside Malaysia?

  1. Data peribadi anda mungkin dari semasa ke semasa dipindah, disimpan, digunakan dan diproses oleh kami di tempat-tempat lain selain negara Malaysia. Hal ini demikian kerana sesetengah kemudahan penyimpanan digital, layanan, dan pembekal perkhidmatan kami mungkin berlokasi di tempat-tempat yang lain.
  2. Data peribadi anda mungkin dialihkan dari negara Malaysia kepada pihak-pihak ketiga yang terletak dalam bidang kuasa lain di mana anda mungkin berada semasa menggunakan Perkhidmatan dan anda dengan ini mengizinkan dan membenarkan kami untuk mengendalikan hal berkaitan dengan pengalihan data peribadi anda tersebut di luar Malaysia.

Berapa lama kami akan memegang data peribadi anda?

  1. Kami hanya akan menyimpan data peribadi anda untuk tempoh masa yang diperlukan oleh kami untuk memenuhi tujuan yang dinyatakan di bawah Polisi Privasi ini.
  2. Namun begitu, kami mungkin perlu mengekalkan data peribadi anda untuk tempoh yang lebih panjang jika diperlukan oleh kami (a) untuk mematuhi kewajipan kami di bawah Undang-Undang, (b) untuk membalas sebarang pertikaian, tuntutan atau aduan yang dibuat mengenai anda, atau (c) untuk menguatkuasakan dan melaksanakan perjanjian undang-undang dan polisi kami.

Apakah hak-hak yang anda mempunyai?

  1. Anda mempunyai pelbagai hak di bawah undang-undang berkenaan dengan data peribadi anda yang disimpan oleh kami. Hak-hak anda dinyatakan seperti berikut:
    1. mengakses data peribadi anda (subjek kepada anda membayar yuran pemprosesan, jika berkenaan);
    2. meminta pembetulan atau penghapusan data peribadi anda atau mengemas kini data peribadi anda (dengan syarat anda mematuhi kewajipan anda dalam Klausa 8.4);
    3. meminta sekatan terhadap pemprosesan data peribadi anda; dan
    4. membantah terhadap pemprosesan data peribadi anda oleh kami.
  2. Menurut hak anda untuk mengakses data peribadi anda dalam Klausa 11.1.1:
    1. anda juga berhak menerima salinan data peribadi anda dalam format elektronik. Namun demikian, hak ini hanya terhad kepada data peribadi yang telah diberikan oleh anda kepada kami dan diproses berdasarkan persetujuan anda. Ia tidak meliputi data peribadi yang diterima oleh kami atas alasan lain atau daripada sumber lain; dan
    2. kami mungkin menahan daripada memproses permintaan anda untuk mengakses data peribadi anda dalam keadaan tertentu, termasuk tetapi tidak terhad kepada (a) apabila kami tidak dapat mengesahkan identiti anda; (b) jika data peribadi yang diminta oleh anda adalah bersifat sulit; atau (c) apabila kami menerima permintaan yang berulangan untuk data yang sama. Dalam apa jua keadaan, kami akan memaklumkan anda dengan segera sebab-sebab kami tidak dapat memenuhi permintaan anda.
  3. Tertakluk kepada hak anda untuk permintaan dalam Klausa 11.1.2, 11.1.3 dan/atau 11.1.4, kami adalah berhak untuk menafikan penggunaan Perkhidmatan anda dan/atau menolak sebarang atau semua permintaan anda atau memerlukan bukti dokumentasi yang lanjut untuk sebab yang dibenarkan di bawah perundangan berkaitan.

12. Bagaimana kami menggunakan Kuki?

  1. Kami dan rakan niaga kami boleh menggunakan kuki, pengecam pengiklanan, suar web, tag-tag, skrip-skrip, subjek yang dikongsi bersama seperti HTML5 dan ‘Flash’ / kuki ‘flash’ termasuk teknologi lain menyerupai ("Kuki") untuk tujuan memegang data penggunaan anda berkenaan dengan penggunaan Perkhidmatan.
  2. Kuki mempunyai pengecam yang unik yang boleh disimpan dalam Peranti, dan/atau dalam e-mel yang dikirimkan oleh kami kepada anda. Kuki boleh menghantar maklumat tentang anda dan penggunaan anda mengenai Perkhidmatan.
  3. Tanpa bertentangan dengan mana-mana peruntukan lain di bawah Polisi Privasi ini, pihak-pihak-pihak ketiga boleh menggunakan Kuki untuk mengumpulkan jenis maklumat yang sama untuk tujuan yang sama seperti yang dinyatakan dalam Klausa 12.2. Pihak-pihak-pihak ketiga mungkin akan menggunakan maklumat tentang anda untuk tujuan mereka yang lain, di mana kami adalah tidak mempunyai sebarang tanggungjawab, akses atau kawalan berkenaan dengan penggunaan maklumat tersebut.
  4. Kami mungkin akan berkongsi maklumat yang tidak dikenali secara persendirian daripada atau mengenai anda dengan pihak-pihak-pihak ketiga, termasuk tetapi tidak terhad kepada data lokasi, pengecam pengiklanan, atau hash kriptografi di pengecam akaun umum (seperti alamat e-mel) untuk memudahkan pameran iklan yang disasarkan.
  5. Dalam apa jua keadaan, anda boleh melumpuhkan, menyekat atau menyahaktifkan Kuki dan anda juga boleh mengehadkan perkongsian maklumat anda dengan menghubungi kami.

Bagaimana anda boleh menghubungi kami?

  1. Sekiranya terdapat sebarang perubahan pada data peribadi anda, jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan dengan pendedahan atau penggunaan data peribadi anda, atau jika anda ingin melaksanakan mana-mana hak anda seperti yang disenaraikan dalam Polisi Privasi ini, anda boleh menghubungi kami di:

    Address : Oasis Square, B-8-02, Capital 2, No. 2, Jalan PJU 1A/7,
    Oasis Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor
    Telephone number : +60 (0)18-387-5096
    Email address : support-global@smartdrive.co.jp
    For the attention of Director : Tatsuro Marui
  2. Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia Polisi Privasi ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
Page
Top